1hb Februari 2024 (Khamis): Booth JBPM antara menjadi tumpuan ramai pengunjung sempena Putrajaya Open Day 2024 yang bermula pada hari ini sehingga 4 Februari 2024 bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Konsep pameran pada kali ini ialah Kerjaya & Pengambilan Pegawai Bomba, pencegahan keselamatan kebakaran & keselamatan aktiviti di air. Pameran ini dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir dibantu bersama PB Mohd Ayub bin Ab Wahab (BKK), PB Mohd Nizamudin bin Husain, PB Noor Syuhadah binti Isa (BBP P14), PB Mohamad Amin bin Rajeli & PB Mohd Afiq Syahfiin bin Hasan Basri (BBP P7).