22 – 24 April 2025 berlangsung Kursus Guru Kadet Bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kursus ini telah dihadiri oleh 21 orang guru daripada pelbagai sekolah sekitar Wilayah Pesekutuan Putrajaya. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan Guru Kadet Bomba dalam pengurusan Unit Kadet Bomba di sekolah, melengkapkan para guru dengan kemahiran asas kebombaan, disiplin, dan kepimpinan bagi membimbing Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat dengan lebih berkesan.









