21 Mei 2024 (Selasa) – Seramai 94 orang pelajar sekolah rendah di WP Putrajaya (tahun 4, 5 & 6) termasuk guru-guru pengiring telah terlibat di dalam 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐀𝐢𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌𝐊𝐀𝐀 bertempat di Anjung Floria, Presint 4. Program yang bertujuan untuk mendidik & memupuk kesedaran tinggi terhadap keselamatan aktiviti di air dan kepentingan amalan lestari dalam kehidupan seharian mereka yang seterusnya membawa kepada kesedaran terhadap kepentingan mempertingkatkan keselamatan diri ketika menjalankan aktiviti dia air. 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐒 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐁𝐏𝐌 𝐖𝐏 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JBPM WP Putrajaya, Ketua Bahagian Alam Sekitar, Tasik & Wetland Perbadanan Putrajaya Tn Hj. Zamri bin Daud, Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan & Penyelamat bersama kekuatan 30 orang pegawai & anggota JBPM Putrajaya dan 10 orang pegawai Bahagian Alam Sekitar, Tasik & Wetland, Perbadanan Putrajaya.