Georgetown | 12 Rabiul Awal: Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada kontinjen perarakan Maulidur Rasul Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang yang berjaya merangkul 𝑲𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒋𝒆𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝑲𝒂𝒕𝒆𝒈𝒐𝒓𝒊 𝑷𝒂𝒔𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒖𝒏𝒊𝒇𝒐𝒓𝒎 sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Padang Kota, Georgetown pagi tadi.
Sambutan tahun ini bertemakan 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 yang membawa maksud kepada kejayaan yang memacu negara kita ke arah kesejahteraan.
Kontinjen JBPM Pulau Pinang pula turut membawa tema 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢 melambangkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia yang sentiasa harmoni dan bersatu padu.