23 September 2024-Roadshow Hari Bersama Pelanggan Unit Integriti Zon Utara Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Dato’ Sri Hj.Wan Mohd Nor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang anjuran bersama Unit Integriti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Peserta melibatkan seramai 150 orang pegawai yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Jabatan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai dan pegawai lain-lain pangkat dari JBPM Pulau Pinang, Pengkalan Udara Wilayah Utara,JBPM Kedah,JBPM Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara.