Sempena Hari Bumi Tahun 2024, Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang, BBP Kuala Muda, BBP Balik Pulau, BBP Batu Kawan, BBP Bandar Perda dan BBP Perai telah menyertai Program Penanaman Satu (1) Juta Pokok Dalam Sehari di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Yayasan Amal TYT Pulau Pinang.
Antara pokok yang telah ditanam ialah pokok harumanis, pokok mulberi, pokok jambu loceng, pokok manggis, pokok kelapa pandan, pokok limau kasturi, pokok kelapa, pokok limau nipis dan pokok mangga.