20 Jun 2024 (Khamis)- Majlis serahan kunci rumah kepada Puan Jamaliah Binti Abd Majid, balu kepada Allahyarham PBK II (KUP) Mohd Izwan bin Illyas telah diadakan bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Lim Guan Eng Ahli Parlimen Bagan, di iringi oleh YB. Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar, PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji serta Puan ‘Ainul Fadhilah Binti Samsudi, Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Majlis ini telah berlangsung dengan penyampaian Replika Kunci Rumah kepada wakil keluarga Allahyarham PBK II (KUP) Mohd Izwan bin Illyas, Sumbangan Peribadi dari YB Exco Perumahan dan Alam Sekitar dan penyampaian surat penghargaan kepada Puan ‘Ainul Fadhilah Binti Samsudi, Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih kepada Lembagan Perumahan Negeri Pulau Pinang atas anjuran majlis ini.