APC

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT KEBESARAN JABATAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

22 November 2021- YAS Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 yang diapresiasikan di Hotel The Light Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam majlis ini, seramai 37 orang penerima Pingat Kebesaran Jabatan, 68 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 19 orang penerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan diraikan sebagai tanda penghargaan khidmat jasa dan kualiti kerja yang ditunjukkan mereka melebihi KPI yang ditetapkan.

Turut hadir, YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PPjB Hj Hassan ‘As’ari bin Hj Omar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PKPjB Mohammad Rodzi bin Sulaiman, Komander Pengkalan Udara Wilayah Utara JBPM serta semua pegawai dan anggota JBPM Negeri Pulau Pinang.

pic6
pic6
pic1
pic1

APC
APC
pic8
pic8
pic4
pic4

pic3
pic3
pic5
pic5

pic2
pic2
pic7
pic7
English EN Malay MS
Skip to content