SHAH ALAM, 15.4.2023: YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Helikopter Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tahun 2023. Turut menyerikan majlis adalah dengan kehadiran YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia dan YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.Kehadiran tetamu-tetamu kehormat telah disambut oleh YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM serta Pengurusan Tertinggi JBPM dan KPKT. Turut hadir memeriahkan majlis adalah semua Pengarah JBPM Negeri, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Komander Pangkalan Udara serta agensi dan tetamu jemputan.
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sempena kempen keselamatan tersebut antaranya, pameran kebombaan, program mewarna Kelab 3K, agihan bubur lambuk, pameran serta pertunjukan Helikopter Bomba serta tidak lupa agihan kuih raya kepada semua Pengarah Bomba .
Sebagai tanda simbolik kempen musim perayaan, YB Tuan Nga Kor Ming telah membuat sesi pelepasan ke atas pasukan ‘Kesiapsiagaan Musim Perayaan JBPM’ yang akan bertugas di musim perayaan ini nanti.