5 Disember 2021 (Ahad) – YB Timbalan Menteri KPKT meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai kanan dan anggota BBP Jalan Perak dalam siri lawatan kerja beliau di Pulau Pinang bermula 2 Disember hingga 5 Disember 2021.
Majlis diserikan dengan Penyampaian Geran Bantuan kepada Pasukan Bomba Sukarela dimana setiap 37 buah balai bakal menikmati RM 3,000.00. YB Timbalan Menteri turut sudi memberi sumbangan peribadi beliau kepada BBP Jalan Perak sebanyak RM 2,000.00. Jabatan mengucapkan setinggi penghargaan di atas keprihatinan YB Menteri KPKT yang begitu prihatin menjaga hal ehwal kebajikan pegawai dan anggota JBPM. JBPM Negeri Pulau Pinang turut mengambil kesempatan dengan meraikan ulang tahun kelahiran YB Timbalan Menteri KPKT yang jatuh pada 1 Disember.
Turut hadir ke majlis ialah YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PPjB Hj Hassan ‘As’ari bin Hj Omar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, PP Bahagian, Ketua Zon, Ketua Balai, Pegawai Kanan Jabatan dan Anggota BBP Jalan Perak.