Rabu, 5 Februari 2025 – Yang Setia PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak, telah mengadakan sesi tinjauan keadaan fasiliti di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan keperluan operasi di balai tersebut.
Turut hadir dalam sesi tinjauan ini adalah barisan kepimpinan JBPM Negeri Perak, termasuk:
- PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak
- PgKB I Sabarodzi bin Haji Nor Ahmad, Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON)
- PgKB I Rosmainor bin Yaakub, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran (PP BKK)
- PgKB I Wan Mohd Nazlis bin Wan Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran (PP BPK)
- En. Wan Mohd Asyraf bin Wan Mohd Azam, Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan
- PKPgB Roshida binti Ismail, Pegawai Bahagian Latihan
- PKPgB Mohd Fadli bin Nik Abu, Pegawai Pembangunan
- PgKB II Umrani bin Che Mat, Ketua Zon 2
Sesi ini mencerminkan komitmen JBPM Negeri Perak dalam memastikan setiap balai bomba berada dalam keadaan terbaik bagi menyokong operasi menyelamat dan perkhidmatan kecemasan kepada masyarakat.



