22 Mac 2022 – SELASA : Balai Bomba dan Penyelamat Tambun hari ini meneruskan KEMPEN 1 RAPi “1 Rumah 1 Alat Pemadam Api” dengan mengunjungi rumah kediaman di kawasan Tambun dan sekitarnya. Pasukan tersebut menyerahkan 1 unit Alat Pemadam Api (ABC) jenis Debu Kering 6kg kepada 3 orang terpilih. Sebelum penyerahan dibuat, sedikit tutorial mengenai Tatacara Penggunaan Alat telah disampaikan oleh pegawai bertugas kepada penerima.






