26 Mac 2022 – SABTU : Satu program bantuan barang keperluan yang dianjurkan oleh Persatuan Kasih Insan Masyarakat Negeri Perak (KASIH INSAN), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Parit dan Biro Pendidikan Kimma Perak telah diadakan di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Parit hari ini. Program ini turut telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, YB Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria, ADUN Belanja, YB Khairudin bin Hj Abu Hanipah. Selain dari penyerahan barang keperluan, BBP Parit turut menjalankan acara Demo Mencegah Kebakaran Dapur kepada hadirin.