PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA DI JBPM NEGERI PERAK

Ipoh, 2 Disember 2024 – YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, telah menghadiri Majlis Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara yang berlangsung di Dataran Tempat Letak Kereta, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan penghormatan kepada Lagu Negaraku, diikuti dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak dan lagu rasmi JBPM, Siap Sedia Setiap Masa. Acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh PgB Md Taufik ‘Asyarun bin Haji Zainuddin, Ketua Cawangan Kesedaran Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran, serta lafaz Ikrar Rukun Negara oleh PgB Muhammad Halimi bin Rasol, Ketua Cawangan Perakuan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran.

Amalan mingguan ini dilaksanakan untuk memupuk nilai tanggungjawab dan patriotisme dalam kalangan warga JBPM Negeri Perak. Ia bertujuan memastikan semangat dedikasi dan integriti terus diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Pelaksanaan ini juga selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, khususnya Bidang Keberhasilan Reformasi 1: Penghayatan Nilai dan Tatakelola, yang menggalakkan penjawat awam menunjukkan taat setia dan semangat patriotisme kepada negara.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan, dan seluruh warga kerja Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.

#bombaperakofficial
#bombamalaysiaofficial
#SUKPerak
#IkrarRukunNegara

toto togel scatter mahjong cie4d sakutoto onictoto toto slot pengeluaran macau data sdy slot thailand situs toto slot zeus situs toto toto slot pawpaw4d Toto macau onictoto cie4d vartoto vartoto sakutoto public88 https://casitasdelasierra.com/ situs toto rans303 https://www.thistlechangeyou.com/ nasatoto bumispin pengeluaran macau Scatter Hitam situs toto Situs Toto live sdy live hk lotto data hk lotto ADASLOT slot 4d slot gacor kedai168 hoki138 Slot Online https://kemenpppa.com/ situs toto situs toto xtoto toto slot slot88 slot toto

slot bola

situs slot gacor slot qris
Skip to content