Seri Iskandar, 10 September 2024 – YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak telah menghadiri Perhimpunan Bulanan bulan September 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah PPjB Jamri bin Masran, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak, warga JBPM Negeri Perak seramai 200 orang terdiri dari ketua bahagian, ketua-ketua zon, ketua-ketua balai, pegawai kanan jabatan, anggota dan orang awam.
Di dalam majlis ini juga, penyampaian sijil penghargaan kepada interagency, Pasukan Bomba Komuniti, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT), Pasukan Bomba Sukarela (PBS), hero bomba seterusnya pegawai anggota jabatan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) dan juga Kejohanan Sukan Bomba (SukBom).