22 Disember 2021- RABU: Pemantauan lokasi banjir di sekitar Changkat Jong, Teluk Intan, Perak telah dilakukan oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman bersama Ketua BBP Teluk Intan, Tn Ismail Yunus serta PBS Teluk Intan pada hari ini. Sebanyak 27 keluarga yang terjejas di sekitar Changkat Jong. YS Pengarah juga telah pergi menziarah ke beberapa buah rumah yang penghuninya masih tidak mahu berpindah. Beliau telah memberikan khidmat nasihat dan petua keselamatan serta menegaskan tentang perlunya mereka sentiasa peka dengan info-info semasa banjir. Beliau juga turut menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah yang terlibat.






