Ipoh, 12 September 2024 – YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Naziran dan PEMATUHAN Tatakelola Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak Tahun 2024. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Pengarah, Penolong² Pengarah Bahagian Dan Ketua Cawangan JBPM Negeri Perak.
Pasukan naziran diketuai oleh PPjB Mohamad Zin bin Salleh, Ketua Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran bersama PgKB II Mohd Suhaimi bin Md Akhir, PgKB II Mohd Fazwan bin Mohd Nawi dan PgB Mohd Fairu bin Sha’ari.