29 April 2022 – JUMAAT : Satu Majlis Perutusan Khas YS Pengarah bersama Balai- Balai JBPM Negeri Perak secara hybrid sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba telah diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak hari ini. Majlis ini turut diselitkan dengan majlis Pemakaian Tanda Pangkat KB32 dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Bahagian dan juga Balai.





















