23 Februari 2022 – RABU : Satu Majlis Perasmian dan Penyerahan Jentera Bomba telah diadakan bertempat di Balai Bomba PBS Tanjung Tualang, jam 10.00 pagi ini. Jentera bomba ini adalah sumbangan dari Ahli Parlimen Kampar, Yang Berhormat Thomas Su Keong Siong kepada Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Tanjung Tualang. Majlis ini telah dihadiri dan diserahkan sendiri oleh YB Thomas Su Keong Siong, Ketua Balai BBP Batu Gajah, Penghulu Mukim Tanjung Tualang dan Pengerusi serta Ahli PBS Tanjung Tualang.