20 Januari 2022 – KHAMIS : Majlis Bacaan Surah Yasin Dan Tahlil telah diadakan bertempat di enjin bay Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan surah Yaasin, solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Zon 3 Perak PgKB ll Shazlean Bin Mohd Hanafiah. Turut hadir adalah Ketua-Ketua Balai Zon 3, Pegawai-pegawai Zon, anggota dari balai-balai Zon 3 serta pesara-pesara Bomba yang telah hadir memeriahkan program ini. Kehadiran para pesara ini membuktikan walaupun mereka telah bersara dari jabatan tetapi hubungan silaturahim yang terjalin dahulu masih kekal hingga ke hari ini.








