7 Mac 2022 – ISNIN: Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman telah meluangkan masa melawat anggota BBP Taiping, PB Abdul Hakim bin Ahmad Zaidi yang dimasukkan ke Wad 18, Hospital Taiping kerana mengalami kecederaan ketika operasi memadam kebakaran di Kebakaran Bazar, Jalan Taming Sari, Taiping semalam. Tururt bersama beliau adalah Penolong Pengarah Bahagian Latihan, PgKB II Sabarodzi bin Nor Ahmad dan Ketua BBP Taiping, PKPgB Rafeel bin Hairul Richard. YS Pengarah turut ke Bazar Tsen Loong untuk melihat tempat kejadian di mana berlakunya kebakaran tersebut.





