26 Februari 2022 – SABTU : Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput telah mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran kepada orang awam bertempat di Pasar Pagi pekan Sungai Siput (U). Selain mengedarkan pamplet, program ini bertujuan memberi panduan serta kesedaran kepada orang awam tentang bahaya kebakaran serta tindakan awal pemadaman kebakaran pada peringkat permulaan.




