Waspada ! Fenomena Air Pasang besar dijangka berlaku pada 4-7 November 2021. Orang ramai dinasihati lebih berhati-hati semasa berada di kawasan persisiran pantai.
Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor melakukan rondaan di persisiran pantai pulau dan membuat kempen kesedaran di air sepanjang fenomena ini dengan mengedarkan pamplet serta taklimat keselamatan di pantai-pantai tumpuan pengunjung di Pulau Pangkor.



