CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN

19 Januari 2022 – RABU : Balai Bomba dan Penyelamat Taiping telah mengadakan Ceramah Keselamatan Kebakaran kepada staf dan pegawai di Pusat Giat MARA, Bukit Gantang bermula jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Selain dari ceramah, demonstrasi dan teknik pemadaman api turut diberi kepada peserta. Peserta juga diberikan tunjuk ajar dan mempraktikkan kaedah dan teknik pemadaman api menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul.

ceramah01
ceramah 02
ceramah 03
ceramah04
ceramah05
ms_MYMalay