02/04/2024 (SELASA) WARGA JBPM NEGERI SEMBILAN & JBPM NEGERI MELAKA DI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023 & SIJIL PERKHIDMATAN 30 TAHUN.
YAS Dato Ts Nor Hisham Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hadir bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2023 & Sijil Perkhidmatan 30 Tahun bagi warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan & Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang berlangsung di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan.
Majlis berlangsung dengan dalam penuh istiadat Kebombaan, Perbarisan Kawalan Suku, ketibaan YAS Dato Ts Ketua Pengarah JBPM disambut oleh YS Hj Khair Osman Pengarah JBPM Negeri Sembilan dan PgKB I R Saiful Iswandy Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka.
Alhamdulillah seramai:
JBPM Negeri Sembilan penerima APC seramai 53 pegawai dan 23 pegawai penerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun.
JBPM Negeri Melaka penerima APC seramai 39 pegawai dan 36 pegawai terima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun
Pengiktirafan Majlis yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga JBPM Negeri Sembilan & JBPM Negeri Melaka atas khidmat bakti dicurahkan, serta menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk terus bekerja dengan lebih efisyen serta menjadi teladan dan motivasi bagi meningkatkan mutu kerja dan produktiviti serta mengekalkan sahsiah peribadi pada tahap yang cemerlangYAS Dato juga mengharapkan agar penerima anugerah ini akan terus memberikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan dinamik, serta agar terus sentiasa berintegriti, komited kecemerlangan dan mengekalkan semangat berpasukan serta teruskan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat amnya.
Turut hadir bersama PgKB I Mohd Hafiz Hafizal TimaRadin Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian, Ketua ZON, Ketua² Balai dari JBPM Negeri Sembilan dan JBPM Negeri Melaka.
Pengacara Majlis:PPgB Seri Tuti Hadayani JBPM Negeri Melaka & PBK II (KUP) Siti Zaharah Bt Mohrim (BBP Port Dickson)Pembaca Doa: PPgB Rasul Hashim (ZON1 Seremban)
Urusetia Majlis: Bersama JBPM Negeri Sembilan & JBPM Negeri Melaka