Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan (UKTK CHALLENGE)

25 – 26 Okt 2021 – YS Pengarah PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali dan Timbalan Pengarah PgKB I Abd Rahman bin Ali turun padang untuk memberi sokongan kepada para peserta yang menyertai Ujian Kecergasan Taktikal Kebakaran Kebangsaan (UKTK CHALLENGE) yang telah diadakan selama dua hari di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan menghantar pasukan ke setiap acara yang dipertandingkan. Antara cabaran yang dihadapi oleh peserta ialah membawa beban dan memakai pakaian seragam lengkap, termasuk topi dan tangki oksigen pada setiap acara. Antara pertandingan yang dipertandingkan termasuk meletakkan hos bomba dan ujian menara, seperti menarik beban tong air ke ketinggian tertentu.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta diatas usaha dan kerja keras mereka. Terima kasih juga kepada YS Pengarah PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Timbalan Pengarah PgKB I Abd Rahman bin Ali dan PgB Mohd Hafiz bin Mohd Shariff selaku Penolong Pengarah latihan JBPM NS. Begitu juga untuk semua pegawai kanan dan urusetia yang berhempas pulas menjayakan program tersebut. Sumbangan anda semua tidak akan dilupakan. HOBIN JANG HOBIN!! HOBIN JANG HOBIN!!

English EN Malay MS
Skip to content