Tinjauan Mesra YS Pengarah Ke Tempat Latihan Pasukan SUKBOM JBPM NS

7 Feb 2022 (Isnin) – YS Pengarah PPjB Hj Hamdan bin Ali dan PgKB I Abd Rahman bin Ali Timbalan Pengarah JBPM NS telah hadir ke tempat latihan pasukan SUKBOM JBPM NS di Dewan SUKBOM Seremban 2. Tinjauan ini bertujuan untuk beramah mesra dan memberi sokongan moral kepada mereka yang terlibat bertanding SUKAN BOMBA yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 10 hingga 14 Februari 2022. Sehubungan dengan itu, Hj Abdul Halim bin Sharif Senior Manager Health, Safety, Security & Environment (HSSE) Cenviro, hadir untuk memberi sumbangan yang berupa jaket “Windbreaker”.

English EN Malay MS
Skip to content