Solat Sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti

10 Jul 2022 (Ahad) – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.Berangkat sama, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. Turut hadir YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Ketua Jabatan Negeri dan Ketua Balai Bomba Penyelamat Seri Menanti.

English EN Malay MS
Skip to content