Selamat Menempuh Alam Persaraan PBK II Md Munawir

21 Jun 2021 (Isnin) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan hadir ke majlis persaraan PBK II Md Munawir, yang telah berkhidmat sebagai Pegawai Bomba Kanan II dan penyelia di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2. Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun dan 10 bulan. Sejarah tempat bertugas beliau ialah Kejuruteraan Pusat Ibu Pejabat JBPM Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur (1986 – 2005), Kejuruteraan Salak Tinggi, Sepang (2005 – 2013), Balai Bomba dan Penyelamat Gemas (2013 – 2014) dan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 (2014 – 2021). Selamat menempuhi alam persaraan buat PBK II Md Munawir, semoga diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

 

English EN Malay MS
Skip to content