Program Bahagia Dunia Akhirat “Wakaf Teman Ke Syurga”

20 Apr 2021 (Selasa) – YS Pengarah PPjB Hj. Hamdan Bin Hj. Ali dan Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal Said telah menghadiri siri program Bahagia Dunia Akhirat sempena Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang telah singgah di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Seremban 2 pagi tadi. Ceramah disampaikan oleh bekas finalis program realiti Pencetus Ummah musim ke-4, Raihan Husni atau lebih dikenali sebagai PU Raihan bertajuk ‘Wakaf Teman ke Syurga.’

Program ini telah dihadiri lebih 40 orang anggota. Kaunter-kaunter perkhidmatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut dibuka dengan menawarkan perkhidmatan pengiraan zakat, potongan gaji zakat dan wakaf serta khidmat nasihat kaunseling. Seusai ceramah, sebanyak 5 soalan kuiz beserta hadiah berupa hamper telah ditawarkan buat anggota yang hadir.

 

English EN Malay MS
Skip to content