Perasmian Pembukaan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan

24 Mac 2022 (Khamis) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan telah hadir ke Dewan Ungu di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan untuk merasmikan pembukaan Kursus Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2022 JBPM Negeri Sembilan. Turut hadir bersama-sama ialah PgKB I Abd Rahman bin Ali Timbalan Pengarah, PgB Mohamad Hafiz bin Ahmad Termizi dan PKPgB Zamrus bin Zainal. Seramai 48 orang pegawai bomba bantuan yang terpilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus pentauliahan pegawai bomba bantuan ini yang berlangsung selama 10 hari akan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

English EN Malay MS
Skip to content