Pada 27 Februari 2025, telah berlangsung majlis penutupan Kursus Penyelamatan dan Pengendalian Bot Siri 1/2025 yang diadakan di Empangan Sungai Triang, Kuala Klawang.
Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan.
Kursus ini bertujuan memperkasa kemahiran anggota bomba dalam pengendalian bot dan teknik penyelamatan di kawasan perairan, memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan dengan cekap dan berkesan.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kursus ini! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.










