Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 1/2022

6 Apr 2022 (Rabu) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang diadakan di BBP Nilai pada petang semalam. 27 orang PBB telah ditauliahkan setelah lengkap menghadiri Kursus Pentauliahan dengan jayanya selama 10 hari bermula 28 Mac 2022. Kesemua PBB ini akan bertugas di BBP Rantau, BBP Seri Menanti, BBP Simpang Pertang, BBP Ampangan, BBP Kota, BBP Bahau, BBP Tampin, BBP Teluk Kemang dan BBP Gemencheh. Hadir sama ialah PgKB I Abd Rahman bin Ali, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan, PgKB I Ahmad Adli bin Abdul Rahman Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela dan Bomba Bantuan Bahagian Operasi dan serta penolong pengarah bahagian negeri.

English EN Malay MS
Skip to content