Majlis Perbarisan Tahunan, Tahun 2022

31 Mac 2022 (Khamis) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali Pengarah JBPM Negeri Sembilan menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan, Tahun 2022. YS Pengarah memeriksa Perbarisan Kehormat, dalam Majlis Perbarisan Tahunan, Tahun 2022 yang dilangsungkan di padang kawad BBP Seremban 2. YS Pengarah turut menyampaikan ucapan dan dan amanat YAS Ketua Pengarah JBPM.

Pengisian program adalah seperti perkenalan pegawai baharu jabatan, penyerahan Sijil Perakuan Bomba (FC), penyampaian sijil penghargaan kepada agensi yang terlibat dan penyampaian Sijil Kecemerlangan UKTK, penyampaian sijil & hadiah pertandingan EKSA, penyerahan sumbangan kepada balu anggota PBS, penyerahan cenderahati dan sidang media. Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua balai, Kakitangan Gunasama, Pasukan Bomba Sukarela, serta anggota bomb.

English EN Malay MS
Skip to content