Majlis Jalinan Mesra Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan & Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

26 Mei 2022 (Khamis) – Majlis Jalinan Mesra Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan & Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS). Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat YAB Dato’ Seri Haji Amminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama-sama Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof. Turut bersama-sama hadir Dato’ Haji Zulkefly Mohamad bin Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Exco-Exco Negeri Sembilan, YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS Pengarah Negeri, Ketua Jabatan dan semua pegawai di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.

Wakil Tuan Rumah YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, PgKB I Abd Rahman bin Ali, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan serta seluruh warga kerja JBPM Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

English EN Malay MS
Skip to content