Tarikh: 03.01.2025
Tempat: Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan
Majlis Bacaan Yassin pada minggu ini di anjurkan oleh Bahagian Latihan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, program mingguan ini sebagai salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan amalan keagamaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Program ini juga bertujuan untuk memohon keberkatan dan keselamatan kepada semua pegawai dan kakitangan, selain mempereratkan hubungan silaturahim antara semua yang terlibat.
Majlis ini disertai oleh semua pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan serta pegawai-pegawai dari zon 1 NS.




