Pada 25 Februari 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis Libat Urus Pasukan Bomba Sukarela di Dewan Dato’ Hj Hamzah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, dengan kehadiran Ketua Cawangan Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Sukarela Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PgKB I Ahmad Adli bin Abdul Rahman, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon, serta Pegawai-Pegawai Bomba Sukarela.
Majlis ini turut menyaksikan penyerahan Geran Bantuan Kewangan, Kenderaan VFRV serta Pos Kawalan Bomba bagi memperkasakan lagi kesiapsiagaan dan kecekapan Pasukan Bomba Sukarela dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga kerjasama erat ini terus membawa manfaat besar dalam usaha menjaga keselamatan awam.



















