Pada 25 Februari 2025 (Selasa), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Nilai.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diketuai oleh Tuan Ravichandran a/l Vadivellu, Pengarah Seksyen Kawalan Pengurusan Ekshibit (SKPE) hadir dalam semangat memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama.
Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkasakan usaha bersama dalam memastikan keselamatan, kepatuhan, dan kesejahteraan masyarakat.
Terima kasih atas kunjungan mesra ini! Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan silaturahim.






