Hari Kebangsaan ke 65 Tahun 2022

31 Ogos 2022 (Rabu) – Sempena Hari Kebangsaan ke 65 Tahun 2022 ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan turut mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65 di peringkat Negeri Sembilan. Ia telah diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban , PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, YS Pengarah JBPM Negeri Sembilan turut hadir menyaksikan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat Negeri Sembilan. Turut serta hadir bersama adalah PgKB I Abd Rahman bin Ali Timbalan Pengarah, dan Semua Penolong pengarah Bahagian JBPM Negeri Sembilan.

“Keluarga Malaysia Teguh Bersama”

English EN Malay MS
Skip to content