Pada 26/02/2025 (Rabu) telah diadakan Taklimat OSHWA (Occupational Safety and Health Workplace Assessment) bagi Zon 3- Seri Jempol di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol.
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Noor Faizal Amri bin Zamri, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Negeri Sembilan.
Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sekali gus memastikan persekitaran kerja yang selamat, efisien dan mematuhi standard OSHWA.
Terima kasih kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan semua peserta yang hadir dengan penuh komitmen. Bersama kita wujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan teratur!









