10 Mac 2025 (Isnin) bertempat di BBP Jasin Bestari..
Alhamdulillah, telah selesai Program Ihya Ramadan 1446H JBPM Negeri Melaka serta Majlis Berbuka Puasa bersama TYT Tun Seri Setia Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, kerana sudi menerima undangan kami. Kehadiran TYT Tun Seri Setia Tun dan YAB Datuk Seri Utama mencerminkan sokongan dan keprihatinan yang amat besar terhadap warga JBPM Negeri Melaka.
Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati dalam memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf. Sumbangan yang diberikan ini pastinya membawa kebahagiaan dan keceriaan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini.




