27 MAC 2024, RABU — JBPM Negeri Melaka telah melaksanakan Majlis Cabutan Undi Bagi Perolehan Kerja Secara Undian Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Dato’ Sri Ts. Mohamad Hamdan bermula pada jam 9.30 pagi. Majlis Cabutan Undi ini melibatkan empat (4) kerja-kerja undi bagi kawasan Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah. Seramai 130 kontraktor yang telah melaksanakan pra-pendaftaran telah hadir. Majlis juga turut dihadiri oleh Pegawai Pemantau daripada Pusat Khidmat Kontraktor, CIDB Melaka dan 2 orang wakil dari Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Melaka.
Acara Cabutan Undi telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Jentera, Ketua-Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Masjid Tanah dan Alor Gajah. Majlis Cabutan Undi telah dilaksanakan dengan sempurna dan Urusetia Sebut Harga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak bagi menjaya majlis pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya.