KARNIVAL SUKAN DUA JIWA SATU HATI DAN SUKAN BADAN BERUNIFORM PIALA KETUA MENTERI MELAKA 2025
16 Februari 2025 (Ahad) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah menghantar beberapa penyertaan di dalam Karnival Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka bagi Tahun 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada JBPM Negeri Melaka atas kejayaan cemerlang dalam Karnival Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2025!
Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang yang tinggi, dedikasi yang tidak berbelah bahagi, serta komitmen yang luar biasa daripada setiap atlet dan pegawai yang terlibat.
Berikut adalah pencapaian membanggakan yang telah diraih:
🏆 Tarik Tali – Johan
🥈 Bola Sepak – Naib Johan
🥈 Sepak Takraw – Naib Johan
🥉 Badminton – Tempat Ketiga
🥉 Dam Aji Wanita – Tempat Ketiga
🏅 Bola Tampar Wanita – Tempat Keempat
🏅 Bola Tampar Lelaki – Suku Akhir
GOLF:
🏅 Medal A – Johan
🏅 Medal B – Johan
Syabas kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen terbaik dalam setiap pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam arena sukan dan membawa nama JBPM Negeri Melaka ke peringkat yang lebih tinggi!






