Tarikh : 19 Ogos 2025
Tempat : Dewan Serbaguna Ibu Pejabat JBPM W.P.Labuan
Program Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (IPASS) 2025 telah berlangsung pada 19 Ogos 2025 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat JBPM Labuan dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Warga JBPM Labuan turut sama menjayakan program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia ini dengan penglibatan YS PgKB I Abd Rahman bin Ali, Pengarah JBPM Labuan, bersama Yang Dipertua PERISMA Labuan dan ahli-ahli PERISMA.
Program ini memberi ruang kepada peserta menilai tahap kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat melalui pelbagai pengisian termasuk saringan kesihatan dan kecergasan, aktiviti interaktif lori WOW, saringan tanpa nama HIV dan Tibi, pameran Kenali Ubat Anda / Tolak Ubat Tidak Sah serta booth ikrar pendermaan organ.

