Tarikh : 26 September 2023
Tempat : Dewan Serbaguna, JBPM Labuan
Program Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Jbpm Labuan telah diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Dewan Serbaguna, JBPM Labuan. Taklimat Anti Rasuah juga telah disampaikan oleh Tuan Abang AzlanshahBin Abang Saufee. Selain itu, YS Pengarah JBPM Labuan, PgKB I Abd. Rahman Bin Ali telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bersama-sama warga JBPM Labuan dan disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBsr. PPj Datu Robbyie Shym Bin Datu Pindatun.