Tarikh : 12 September 2023
Tempat : Hotel Dorsett Grand Labuan
Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 telah diadakan pada 12 September 2023 (Selasa) di Dorsett Grand Labuan. Seramai 16 orang pegawai menerima Pingat Perkhidmatan Bomba dan 14 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022. Turut diadakan adalah penyampaian Sijil Perkhidmatan Terpuji dan seramai 27 penerima.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua penerima.