Tarikh : 6 Mei 2025
Tempat : Dorsett Grand Hotel Labuan
Majlis yang penuh istiadat ini menyaksikan Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia kepada empat individu berprofil tinggi sebagai tanda penghargaan atas sumbangan signifikan mereka dalam pembangunan serta jalinan kerjasama strategik bersama JBPM:
Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Simsudin Bin Sidek Dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB), Datuk Japar Bin Esteban telah dianugerahkan pangkat Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Lda Labuan (Holdings) Sdn. Bhd., Tuan Noor Halim Bin Datuk Haji Zaini Dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan, Datuk Wong Kii Yii telah dianugerahkan pangkat Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat).
Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).