Tarikh : 8 Disember 2022
Alamat : Jalan Baru Nagalang, WP Labuan
Balai Bantuan : BBP Rancha-Rancha dan BBP Layangan
Maklumat insiden:
K.O lapor kejadian benar melibatkan dua (2) buah kenderaan telah bertembung iaitu sebuah kereta jenis Perodua Viva dan Toyota Hilux. Terdapat 2 orang mangsa, seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulan serta seorang mangsa lelaki disahkan meninggal di lokasi kejadian (diisytiharkan oleh KKM) dan telah dibawa ke hospital menggunakan kenderaan PDRM untuk tindakan selanjutnya. Operasi penyelamatan telah tamat sepenuhnya.