KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN & OPS RONDAAN MUSIM PERAYAAN 2023

Tarikh : 15 April 2023

Tempat : Ujana Kewangan W.P.Labuan

Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Rondaan Sempena Musim Perayaan Aidilfitri Tahun 2023 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan. Kehadiran tetamu-tetamu telah disambut oleh YS Abd Rahman bin Ali, YS Pengarah JBPM Labuan.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Kanan serta warga JBPM Labuan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena kempen keselamatan tersebut antaranya, Penyerahan Hamper kepada Balai-Balai Bomba dan Pasukan Bomba Sukarela, agihan bubur lambuk dan agihan Risalah Kempen Keselamatan Kebakaran kepada tetamu dan pelangan Kompleks Ujana Kewangan, W.P.Labuan.

Sebagai tanda simbolik kempen musim perayaan, Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan telah membuat sesi pelepasan ke atas pasukan ‘Kesiapsiagaan Musim Perayaan JBPM Labuan’ yang akan bertugas di musim perayaan nanti seterusnya membuat pemeriksaan Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Bangunan Kompleks Ujana Kewangan.

666666669458299 611625635972742137 n 777777779458299 611625635972742137 n

888888889458299 611625635972742137 n 999999999458299 611625635972742137 n

10101010101058299 611625635972742137 n 11111111158299 611625635972742137 n

22222222258299 611625635972742137 n 33333333358299 611625635972742137 n

English EN Malay MS
Skip to content