Tarikh : 01 Jun 2022 (Rabu)
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Layangan
PBK ll KUP Jakarail Bin Isdael mengetik kad perakam waktu pada hari terakhir beliau berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Layangan, JBPM Labuan. Maka tamatlah perkhidmatan beliau di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P.Labuan sebagai seorang Pegawai Bomba. Seluruh warga JBPM Labuan mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau dapat menjalani kehidupan bersaranya dengan penuh keberkatan dan kebaikan. Jutaan terima kasih diucapkan di atas jasa dan khidmat Encik Jakarail sepanjang bertugas di JBPM Labuan.
Selamat Bersara